Pages

Monday, November 8, 2010

FASHION TUDUNG

bila sebut tentang fesyen..saya teringat akan seorang pelajar saya semasa saya menjadi guru sementara di sebuah sekolah..pelajar tersebut adalah seorang pelajar perempuan yang berumur 10 tahun..rupa parasnya cantik..putih..mirip ibunya..dia bertanya kepada saya tentang pakaian..dia juga bertanya tentang maksud orang yang dah baligh..saya menjawab pertanyaannya..bagus anak ini..rajin bertanya..

kemudian dia menyebut tentang baju rayanya..bajunya ada sulaman manik di bahagian leher..dia bertanya..bolehkah masukkan tudung ke dalam baju..saya kata tidak boleh kerana tudung itu adalah untuk menutup bahagian dada sebab itu perlu dilabuhkan..kemudian dia kata...eh..jadi untuk apa manik2 tu di buat kalau bukan untuk ditunjukkan kepada orang..ya!..itulah ayat yang masih melekat di kepala saya..anak ini memilih dan memakai pakaian tersebut hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk..mempamerkan kecantikan pakaian yang dipakainya..

kemudian saya berkata lagi kepadanya..kita memakai pakaian adalah untuk menutup aurat bukan untuk menunjuk-nunjuk..lalu yang dijawabnya..saya belum baligh..anak ini bertanya lagi sama ada saya pernah mengikuti pertandingan fesyen..saya kata tidak..kemudian dia katakan bahawa saya ni tidak mengikut fesyen..lihat..anak yang baru berumur 10 tahun..sudah tahu tentang fesyen..sedangkan fesyen yang diikutinya itu adalah fesyen yang memberi dosa kepadanya jika diteruskan..

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

rasanya semua boleh memahami maksud hadis di atas..fesyen tudung sekarang..teutamanya bila memakai tudung yang dipanggil tudung ekspress..pastinya terdapat sanggul yang tinggi di belakang kepala seperti bonggl unta..sekiranya mereka berambut panjang.mereka sudah semestinya boleh menyanggulkan rambut mereka..bagi yang rambut pendek?..mereka juga boleh membuat sanggul yang tinggi sebab dah ada sanggul palsu yang dijual..



selain dari fesyen tundung dengan sanggul yang tinggi di belakang..ada juga pemakai tudung yang membutangkan tudung mereka di belakang pada bahagian leher..ada tudung yang dijual dengan butang tersedia pada tudung tersebut..bila dibutangkan..sudah pasti ianya menunjukkan bentuk leher si pemakai..lihatlah gambar di bawah..saya juga baru tahu tentang hal ini daripada saudari deena farhana..terima kasih kepadanya..



p/s: apa yang ditulis adalah hanya sekadar untuk berkongsi dan sebagai peringatan kepada kita semua..setiap manusia itu pasti akan melakukan kesilapan mahupun secara tidak sedar..sayangilah agama kita..ini salah satu cara untuk menguasai dan merosakkan ummat Islam..

3 comments:

HusNa said...

thanx for info!

ZINNIRAH said...

HUSNA
welcome.. :)

naga78 said...

Nampak bentuk leher boleh dikatakan berpakaian tapi telanjang