Pages

Sunday, January 15, 2012

KEMATIAN


assalamu'alaikum

baru-baru ni..hari jumaat malam..saya mendapat berita bahawa seorang guru kaunseling tempat saya praktikal dulu telah meninggal dunia..innalillah..setiap yang hidup pasti akan menemuinya..tiada yang kekal di dunia ini..sedih mendengar kematian arwah..apa lagi..arwah meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil dan salah seorang daripadanya belum sempat mengenal ibunya..itulah yang dikatakan ajal maul di tangan tuhan..tak siapa pun yang mampu menghitung bila hari kematiannya..yang pasti setiap insan..mkhluk ciptaan Allah pasti akan melaluinya..tiada siapa yang mampu menghalangnya dari mendatangi kita...


terdengar berita kematian seorang yang saya kenali...yang masih muda..saya berasa sedih..susah hendak melelapkan mata..saya berfikir..mati itu tidak mengenal usia..tua atau muda..kecik atau besar..lelaki atau perempuan..siang atau malam..bersedia atau tidak..tidur atau sedar..saya berfikir sejenak..andai kematian datang menjemput..sudah banyakkah amalan yang dilakukan..sudah puaskah saya bertaubat atas kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan..rasa takut untuk mati datang dalam diri..saya masih celik..saya masih bernafas..Allah masih memberi saya peluang untuk bertaubat..terima kasih ya Allah..tapi kita sebagai manusia seringkali lupa..lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah..



wahai saudara seagamaku di luar sana..ingat akan mati boleh mengingatkan diri kita tentang perkara yang telah kita lakukan..andai terlupa..ingatkanlah..kerana kita perlu saling mengingati..bertaubatlah kita seolah-olah kita akan mati pada hari esok..


p/s: Ya Allah..berilah hambu-Mu ini kesihatan tubuh badan dan minda yang baik agar dapat terus beribadah dan bertaubat kepada-Mu..