Pages

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum
entry pada hari yang sama..hehe..memang takde kerja betul saya ni..kebetulan dah nak raya kan..so wat sekali la entry ni kan..
tahun pertama beraya sebagai seorang isteri..dan tahun pertama setelah habis belajar tak beraya dengan family..coz this year saya beraya di kampung suami..dah kahwin kena gilir-gilir la beraya mana kan..
so..sempena syawal yang akan tiba..kami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua..maaf zahir & batin..segala salah silap harap diampunkan..

Selamat Hari Raya

NCH: semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan..InsyaAllah..

I'm a MARRIED WomaN!!

Salam semuanya...

Currently saya berada di KLIA sedang menunggu flight untuk ke destinasi yang setersunya..ada lagi 4 jam lebih...so manfaatkan masa anda..hehe..ni je la masa nak update blog yang dah usang tak terjaga ni...da takde mende nak buat kan..jalan2 cari tempat yang ada plug...kalau habis bateri senang cas balik kan..hee..

Back to main topic kat atas tu...da berbulan tak update..tetiba kuar tajuk cenggitu ye..yup..as the topic..saya adalah seorang wanita yang sudah pun berkahwin..dah 4 bulan 3 minggu saya menjadi seorang isteri...maknanya...saya nikah dalam bulan 3 2012...25 mac...pada hari yang sama jugak makcik saya telah mendapat seorang lagi cucu lelaki..dan tarikh ini juga merupakan Hari Polis Malaysia..

Saat suami melafazkan akad nikah..macam-macam rasa ada..sedih pun ada..baru lah saya tau kenapa ada orang yag menangis saat dinikahkan..nak gitau pun tak dapat nak citer camane..realiti dan hakikatnya..saya bergelar seorang isteri selepas selesainya akad nikah..wali saya sendiri yang telah menikahkan saya..kini segala dosa saya akan ditanggung suami..kini imam saya adalah suami..kini saya adalah tanggungjawab suami sepenuhnya...dan mampukah saya menjadi seorang isteri yang baik..

akad nikah

Walimah dan akad nikah dibuat pada bulan yang berbeza..supaya tak sibuk sangat..ye la..family semua kerja..tak sempat nak ngurus bila waktu kerja..so walimah dibuat pada cuti sekolah tetapi hari bekerja bagi mereka yang kerja pejabat..terima kasih kepada kalian yang sudi datang semasa walimah saya dan suami walaupun tak semua yang dijemput dapat hadir..terima kasih bebanyak to my perents trutamanya..penat lelah mereka semasa nak urus majlis dan mereka yang terlibat..

 zaujah

ya Allah
keranaMu kami bertemu
keranaMu kami bersatu sebagai suami dan isteri
dan kepadaMu jugalah kami memohon
ya Allah
bantulah kami menempuhi ranjau kehidupan ini dalam menggapai redhaMu
 bantulah aku untuk membantu suamiku agar menjadi seorang imam yang hebat bagi keluarganya
memimpin makmumnya menuju syurgaMu
bantulah aku untuk menjadi seorang sahabat yang setia buat suamiku
peneman dikala suka dan duka
pendengar yang setia mendengar
 walau aku tahu
aku tidak mampu menjadi seperti Siti Khadijah r.a
aku ingin menjadi seorang permaisuri yang hebat buat suamiku
kerana itu ya Allah
berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran
dalam membantu suamiku menuju Firdausi
InsyaAllah

NCH: maafkan segala kesalahan yang pernah anakmu ini lakukan wahai umi ayah..


Sunday, August 12, 2012

salam buat semua yang membaca...
dah memang agak lama saya tak update blog ni..asyik jengah kejap aje..banyak nak dikongsi but don't have much time to write it here..saya akan update jgak nanti dengan citer2 yang dah basi tu..tunggu tiba masanya nanti... =)