Pages

Saturday, December 26, 2009

Selamat Pengantin Baru


SELAMAT PENGANTIN BARU
buat teman sekelas saya Amyasma dan suaminya Syahir

semoga hubungan suami isteri berkekalan dan bahagia selalu hingga ke akhir hayat

mendirikan sebuah masjid sama seperti membina sebuah rumah dan bangunan...
perlu ada tiang yang secukupnya agar kukuh keadaannya...
dan tiang-tiang ini dalam perkahwinan adalah agama...

perkahwinan dua insan juga ibarat sebatang pokok...
yang asalnya hanyalah anak pokok yang kecil...
akarnya juga kecil ketika itu...
andai pokok ini disiram dan dibaja dengan baik...
maka membesarlah ia dengan baik...
dan memberikan buah dan bunga yang elok dan cantik..
akar pokok juga turut berubah saiznya...
supaya mampu menyerap mineral dari dalam tanah dengan baik...
untuk tumbesaran pokok ini...
maka pokok ini akan terus kekal berdiri megah...
bila sebuah keluarga telah dibina...
sudah pasti ingin dikembangkan...
dari hanya dua insan dari keturunan adam dan hawa...
keluarga ini akan dikembangkan lagi dengan keturunan yang seterusnya...
hanya dari duan insan ini...
siramilah dan bajailah keluarga kalian supaya ia berkembang dengan baik...
memberikan buah-buah dan bunga-bunga yang elok dan cantik...
kerana itu tanggungjwab kalian...



"Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada ALLAH dalam memelihara yang separuhnya lagi"
(hadith riwayat Thabrani dan Hakim)

ramai betul kawan-kawan yang dah kawin...adibah, k.farah, amy...and sesape yang lain..anyway..congrats..tahniah...selamat melangkah ke alam bahagia..x lupa buat kawan-kawan yang bertunang...jangan tunang lama-lama sangat yerr...percepatkan perkara yang baik sekiranya mampu...



2 comments:

elL said...

kakak bila lagi..hehe

ZINNIRAH said...

uik..lama lagi ba coq..rumah pun xda lg ni..cmn mo kawin..hehehe..ko dlu kali tu.. :)