Pages

Saturday, August 22, 2009

.:: aHLan WaSaHLaN yA rAmaDhaN ::.

salam 'alaik...ramadhan yang dinantikan selama ini kembali menjenguk seketika selama sebulan..seluruh umat islam serata dunia tanpa mengira tempat, usia, tua muda, miskin kaya, warna kulit telah mula menunaikan ibadah puasa bermula pada hari ini...1 RAMADHAN 1430...

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu; mudah-mudahan kamu bertaqwa."

(AL-BAQARAH:183)

Ayat di atas jelas sekali menunjukkan bahawa berpuasa itu menjadi satu kewajipan kepada semua umat islam...maka, sesiapa yang sengaja meninggalkannya adalah berdosa kecuali mereka yang tergolong dalam golongan yang diberi kelonggaran...maksud PUASA syarak adalah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) bermula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, disertai dengan niat ibadah kepada Allah.

Banyak hikmah yang terkandung dai bulan Ramadhan yang mulia ini...selain daripada maksudnya menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa sebenarnya boleh menyembuhkan penyakit kerana segala penyakit berpunca daripada perut kita...selain itu, berpuasa dapat mentarbiyah diri kita untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang lebih bertaqwa...dengan berpuasa kita dapat merasai penderitaan saudara-saudara kita di tempat lain yang tidak mempunyai makan minum yang cukup dan boleh menjadikan kita menjadi lebih bersyukur dengan rezeki yang ALLAH berikan kepada kita...Pada bulan Ramadhan jugalah ALLAH telah turunkan AL-QURAN AL-KARIM untuk menjadi petunjuk kepada semua umat manusia...nyatalah bahawa Al-Quran bukanlah karangan Nabi Muhammad s.a.w malainkan wahyu yang diturunkan Allah s.w.t untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini.


"(Puasa itu) pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran apda bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yang membezakan antara hak dengan yang batil. barangsiapa yang hadir di antara kamu di bulan Ramadhan, hendaklah ia berpuasa. Barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka gantilah puasa pada hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran. Hendaklah kamu sempurnakan bilangan bulan itu dan hendaklah kamu besarkan Allah, kerana petunjukNya kepadamu dan mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya."

(AL-BAQARAH:185)



salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua umat islam dan pembaca blog ini...tingkatkan amalan dan megingati Allah...semoga kita dapat mentarbiyah diri kita bersama agar menjadi seorang mukmin dan muslim yang bertaqwa kepada Allah..

No comments: