Pages

Tuesday, July 28, 2009

Pelajar UPSI: H1N1

Salam kepada semua pembaca...
Bagaimana agaknya keadaan anda hari ni? Sekiranya anda mengalami demam, batuk, selsema dan sakit tekak, eloklah kiranya dirawat dengan segera kerana dikhuatiri anda menjadi pembawa kepada wabak INFLUENZA A (H1N1)...

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni...kejap panas..kejap hujan...menjadi salah satu sebab ramai yang menjadi sakit terutama sekali demam...pesakit yang mengalami demam, selsema dan batuk tidak terkecuali dan tidak dapat lari dari dikaitkan dengan H1N1 sehinggalah mereka ini disahkan tidak positif terhadap H1N1..barulah lega rasa hati...

Hari ini, 29 Julai 2009, Rabu - pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikuarantikan berikutan wabak H1N1 ini. Ramai pelajar UPSI yang telah menjadi suspek H1N1. Suspek-suspek H1N1 kini telah diminta memakai topeng bagi mengelakkan penyabaran wabak ini kepada orang lain. Pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman akan dikuarantinkan selama 3 hari buat sementara waktu sehingga pengumuman yang seterusnya dan kampus utama UPSI kini ditutup budat sementara waktu dari segala aktiviti temasuk kuliah. Namun begitu, kakitangan UPSI masih menjalankan aktiviti seperti biasa.

di sini saya kongsikan bersama anda memo daripada pihak UPSI

INFO H1N1 UPSI
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Berkaitan dengan kes H1N1, pihak UPSI memohon semua pelajar UPSI supaya mengkuarantinkan diri anda bermula 29 Julai 2009 (Rabu) sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Buat masa ini,semua kuliah dibatalkan sehingga dimaklumkan. Pihak UPSI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Batang Padang sedang berusaha untuk mengenalpasti keseriusan kes ini di UPSI. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran ini secepat mungkin.
Kepada semua kakitangan UPSI, semua aktiviti berjalan seperti biasa.
Sekian harap maklum.
sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda memakai topeng ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan penyebaran wabak H1N1 ini.
boleh klik bahagian terkini dari UPSI

No comments: