Pages

Thursday, May 7, 2009

.:. Ku Temu Dikau Dalam Setiap Tahajudku .:.


"aku bukan mencari kekasi untuk bersenang sementara...
tetapi yang aku cari adalah imam yang dapat membimbing aku
dan keluargaku menuju jalan syurga"

sebuah novel remaja islami...penulis novel ini berasal dari Indonesia dan novel ini telah disusun semula dalam bahasa melayu bagi memudakan pembacaan...novel ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Agus, seorang pemuda yang sedang menuntut di sebuah kolej dan sering berlumba motor bersama rakan-rakan yang lain pada waktu malam...perbuatan Agus "racing" di waktu malam adalah untuk menarik perhatian ayahnya yang sentiasa sibuk dengan kerjanya...Ayah agus yang sentiasa bekerja di luar kawasan menyebabkan ibu Agus ditinggalkan bersendirian di rumah...Agus amat menyayangi ibunya walaupun ibunya sedang sakit...pertemuan semula antara Agus dan Airin menyebabkan Agus mencintai gadis tersebut...Airin merupakan rakan ketika sekolah, seorang gadis bertudung yang sentiasa menjaga dirinya sebagai seorang gadis muslim...Airin juga turut menyukai Agus, namun tidak di beritahu kepada Agus...saat Agus meluahkan isi hatinya kepada Airin...Airin mengatakan bahawa dia bukan mencari kekasih tetapi mencari pasangan idup yang boleh menjadi imam untuknya...Agus berasa amat kecewa sekali, namun dia telah berjanji kepada dirinya sendiri akan kembali semula ke rumah Airin untuk menjadi imam kepada gadis tersebut...

janji yang dibina dalam diri menyebabkan Agus berubah menjadi seorang pelajar yang tidak lagi poteng kelas dan tidak berlumba motor...dari seorang yang tidak mahu solat kepada seorang yang rajin mengerjakan solat...dari seorang yang tidak tahu membaca Al-Quran kepada seorang yang bole menghafaz Al-quran...dari seorang yang kurang ilmu agamanya kepada seorang yang sentiasa mencari ilmu...kematian ibu Agus menjadikannya kuat untuk berubah dan kematian ibu Agus juga menjadikan ayahnya berubah...selepas setahun...Agus kembali semula ke rumah Airin...kali ini tujuannya adalah satu...iaitu untuk menjadikan impian Airin datu kenyataan...untuk menjadi imam kepada Airin dan keluarganya menuju ke jalan syurga...akhirnya Agus berjaya menjadi seorang imam kepada Airin walaupun terpaksa melalui kerenah dan ujian yang dilalui ketika berhadapan dengan ayah Airin...

TIDAK ADA YANG MUSTAHIL SEKIRANYA KITA BERTEKAD UNTUK MELAKUKAN SESUATU
"HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"

No comments: