Pages

Saturday, May 2, 2009

< aIr MaTa NaBi AdaM >

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun . Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah swt. Beliau telah bersujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itulah Allah tela tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah minum air mata beliau.

Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka bahawa burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menurunkan satu wahyu yang bermaksud, " Hai Adam , sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

No comments: