Pages

Wednesday, April 29, 2009

..:: PEMIMPIN KELUARGA ::..

kita seringkali membincangkan isteri derhaka pada suaminya, tetapi tidak pula membincangkan derhaka suami kepada isterinya. Kenapa keadaan ini berlaku? kelihatan tidak adil di pihak isteri?

isteri derhaka kerana suami yang tidak bijaki mendidik isteri yang telah menjadi amanah kepadanya setelah diterima melalui akad yang sah. Sebuah keluarga yang bahagia akan terbentuk melalui kesefahaman, toleransi, bantu membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Berbahagialah sebuah rumahtangga yang diketuai oleh si suami atau si ayah yang memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah dan pemimpin dalam rumah. Tetapi apabila suami gagal memahami dan melaksanakan tugasnya selaku ketua rumahtangga maka berlakulah ketidakstabilan pengurusan dalam rumahtangga.

Suami harus bersyukur apabila isteri mengambil alih tugasan memberi peringatan mengenai solat yang sepatutnya dilakukan oleh suami. tapi, tidak salah jika isteri yang mengingatkan. Tetapi apabila si isteri yang menyuruh atau mengajak kepada kebaikan, si suami kurang keinginan untuk melakukannya kerana dia hanya maliat si isteri hanya sebagai seorang wanita.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah tugas bersama. Jika si suami melihat isterinya melakukan sesuatu yang salah atau melanggar perintah Allah maka si suami berkewajipan menegur dan membetulkan dan jika sebaliknya suami yang melakukan kesalahan maka si isteri berkewajipan membetulkannya. Ini termasuklah mengajak suami solat.
Suami perlu diperbetulkan supaya mereka yang di bawah jagaannya terdidik. Suami bertanggungjawab mengemudi bahtera rumahtangga.

Suami umpama kepala gerabak kereta api, kalau sesat kepala kereta api itu sesatlah seluruh penumpangnya. Allah s.w.t menegaskan akan kedudukan lelaki dalam masyarakat dengan firman-Nya yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama. Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. (al-Nisa¿: 34)

Dalam ayat lain Allah menegaskan bahawa suami berkewajipan menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka, firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). (al-Tahrim: 6).

No comments: