Pages

Wednesday, April 29, 2009

~kisah-kisah~

Kisah 1

Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. ""Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

*********

Kisah 2

"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

**********

Kisah 3

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

**********

Kisah 4

Seorang ibu dengan marahnya bertanya kepada anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pada pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan.
Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara."Haa, dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

No comments: