Pages

Sunday, March 15, 2009

~rEnUnGkaN~

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela. .

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini.

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata..... paling senang depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi.... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik....

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~fesyen zaman skarang (tube, spaghetti...)

No comments: