Pages

Sunday, March 15, 2009

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK

1.hargai usaha&penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja&sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan&tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik&canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. !

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah jaga . Benih awak juga.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, kejar anak dsbnya.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu , Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak&isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yangsemakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa bolehcontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa&kaum keluarga isteri walaupun anda cumamain wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami&lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda .

14. Jangan bersepah&bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkandalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatubarang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat kenak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan andadengan kerja rumah/menjaga anak.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapidiputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan dirisendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secarabaik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak matinanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpadoktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapatisteri diambil kira. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku biladah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas sepertiyang dituntut agama. 22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonianrumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .

No comments: